21 Julai 2011

Sejarah Seksyen 7 Lestari Perdana

Seksyen 7 Taman Lestari Perdana terletak di mukim Seri Kembangan di daerah Petaling. Mula diduduki pada bulan Januari tahun 2005,  Seksyen 7 Taman Lestari Perdana merupakan sebuah kawasan perumahan dan perniagaan empat tingkat. Terletak didalam kawasan yang strategik dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Seksyen 7 Taman Lestari Perdana menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Bukit Jalil dan yang terbaru Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya, memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 18 km dan juga hanya 7 km dari Putrajaya. Memandu ke Putrajaya hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Lestari Perdana hanya terletak 5 km dari UPM dan tidak pula jauh dari Hospital Putrajaya dan Serdang . Klinik Kerajaan Seri Kembangan disamping berdekatan dengan steseen komuter Serdang dan LRT Bukit Jalil  dan Seri Petaling. Disebelah Taman Lestari Perdana terdapat kompleks sekolah rendah dan menengah kerajaan. Antara kemudahan yang terdapat di lokasi berdekatan adalah Pasaraya JUSCO, Pasaraya GIANT, MyMydin, Permai Walk, Pasar Borong Selangor dan juga Bazaar Rakyat Putra Permai. Antara projek yang akan dibina ialah Komplek Pengangkutan Awam Putra Permai ( Permai Sentral), Kompleks Pendidikan Serdang,.dan pelbagai lagi kemudahan yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa.
Antara taman-taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan Lestari Perdana ialah Taman Desaminium, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Mansion, Taman Equien, Taman Lestari Putra, Taman Pinggiran Putra, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Taman Dato Demang, dan Pusat Rekreasi Air Hitam. Kawasan ini juga dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam bas RapidKL No U432 yang menghubungkan terus ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, KTM Komuter Serdang, Putrajaya Sentral, IOI Mall Puchong, dan Bandaraya Kinrara
Lestari Perdana terletak di kawasan tumpuan pembangunan yang bersempadan dan diapitkan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Di samping itu juga Lestari Perdana terletak di lokasi Koridor Multimedia ( MSC) dan akan menjadikannya sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT )

Pada tahun 2011 Pemaju AQRS The Building Company Sdn. Bhd iaitu pemaju yang bertanggongjawab memajukan kawasan Seksyen 7 Lestari Perdana telah memperkenalkan "Seksyen 7 Lestari Perdana" sebagai Kinrara Uptown. Sehubungan dengan itu bagi memudahkan untuk datang ke kawasasn ini perlulah merujuk kepada papan tanda KINRARA UPTOWN.

04 Disember 2010

Berkaitan bil penyelenggaraan

Saya telah membayar bil tetapi tidak menerima resit bayaran dan penyata tidak dikemaskini. Apa patut saya buat?

Soalan-soalan yang sering ditanya oleh penduduk seksyen 7 lestari perdana

Saya telah mengemukakan adsuan kepada Badan Pengurusan Bersama berhubung masalah bumbung bocor dan diding retak kenapa tidak diambil tindakan

26 Jun 2010

Jawatankuasa Penduduk Bagi Tempoh 2009/2010


JAWATANKUASA

Nama
Jawatan
No Telefon
Hamdan bin Ismail
Pengerusi
017-6703450
En Wan Jamali bin Wan Kamarudin
Naib Pengerusi
Biro Agama Islam
019-3862030
En Mohd Ali bin Ismail
Setiausaha
012-3603805
P. Ramesh Kumar
Bendahari
Biro Agama Hindu
017-6855530
En  George Pang Wang Keong,
Biro E-Komuniti
012-3101808
Bruce Bok Kok Yen,
Biro Aduan dan Kebajikan
016-2635856
Joe Tan Boon Yew,
AJK
016-2276713
Arief bin Abdullah
AJK
016-3070922
Nancie Chia Bee Eng
Biro Agama Budha
019-2135777
M Siva Balan
Biro Keselamatan
016-6453910
Abdul Ghaffar bin Mohammad
Biro Kesihatan dan Kebersihan
012-2040850
Zakaria bin Ali
AJK
013-3957279
Mohd Noor Bujang
AJK
016-6978646
Mohd Khazimi bin Ismail
Biro Pendidikan
012-3481979
Tengku Azmi Tuan Muda
Biro Belia dan Sukan
012-6386520

Antara kawasan dibawah pentadbiran JKP Zon 19 ialah Taman Pinggiran Putra, Pusat Bandar Putra Permai, Seluruh kawasan Lestari Perdana, Lestari Mansion, Taman Dato Demang Putra, Taman Equine, Kota Perdana, Taman Lestari Putra, Taman Desaminium, Taman Puncak Jalil dan Taman Damai Utama 

06 Mac 2009

Aduan dan Pertanyaan

Penduduk dan pemilik Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana digalakkan mengemukakan sebarang aduan dan cadangan ke pihak pengurusan. Sila dapatkan borang aduan dan cadangan di pejabat kami di alamat C-G-012, Jalan LP 7/2 Seksyen 7, Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Selangor

Program gotong Royong Perdana

Dimaklumkan program gotong royong akan diadakan pada

Tarikh : 29 Mac 2009 ( Ahad)
Masa : 8.30 pagi
tempat : Berdekatan Blok D, Jalan LP 7/3

Perjumpaan Penduduk

Dimaklumkan bahawa perjumpaan antara penduduk dengan pihak pengurusan akan diadakan setiap hari Ahad kecuali pada hari kelepasan Am

Tarikh : Bermula 1 April 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : E-G-005, Jalan LP 7/2, Taman Lestari Perdana)

30 Julai 2008

Mesyuarat khas Badan Pengurusan Bersama

Ruj.Kami : JMBLP7/01/02(1)
Tarikh : 28 JULAI 2008

Kepada,

Semua Pembeli / Penghuni
Rumah Kedai dan Apartmen di Seksyen 7, Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

Tuan/Puan,

MESYUARAT KHAS BADAN PENGURUSAN BERSAMA APARTMENT DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pengurusan Bersama telah mengadakan Mesyuarat Pertama pada 27 Julai 2008 yang lalu. Sehubungan dengan itu bagi memantapkan lagi pengurusan Badan Pengurusan Bersama satu mesyuarat khas akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 3 Ogos 2008 (Ahad)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : E-1-001-2A, Jalan LP 7/2
(Depan Pasar Segar Lestari/ Atas Car Wash)

3. Sehubungan itu, kerjasama semua Pembeli / Penghuni di LP 7 adalah dipohon supaya dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat tersebut bagi memastikan ia dapat berjalan dengan lancar.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Mohd Khazimi di talian 012-3481979.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Yang Benar



(MOHD KHAZIMI BIN ISMAIL)
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

24 Julai 2008

Apartmen Untuk Disewa

Persatuan penduduk Lestari perdana ingin menyewa rumah di seksyen 7 lestari perdana. sekiranya berminat boleh hubungi khazimi 012-3481979 untuk temujanji. Masih banyak rumah yang kosong untuk disewa. Siapa cepat dia dapat

Prog.Pembasmian Kemiskinan Bandar

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) bertujuan membantu meringankan beban tanggungan keluarga, membina keupayaan dan menjana pendapatan keluarga miskin dan miskin tegar di bandar. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :-

Miskin

Per Kapita(Isi Rumah/Orang) RM 185.00
Pendapatan Isi Rumah RM 740.00

Miskin Tegar

Per Kapita(Pendapatan Isi Rumah/Orang) RM 100.00
Pendapatan Isi Rumah RM 420.00

Klik disini untuk muat turun Borang Permohonan Bantuan PPKB

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Khidmat Masyarakat En Mohd Reyzal B Mazlan 03-8026 4461 mohd.reyzal@mpsj.gov.myPn Noriah Azza Bt. Abdul Rahman 03-80264452 mailto:03-80264452noriahazza.rahman@mpsj.gov.my