30 Julai 2008

Mesyuarat khas Badan Pengurusan Bersama

Ruj.Kami : JMBLP7/01/02(1)
Tarikh : 28 JULAI 2008

Kepada,

Semua Pembeli / Penghuni
Rumah Kedai dan Apartmen di Seksyen 7, Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

Tuan/Puan,

MESYUARAT KHAS BADAN PENGURUSAN BERSAMA APARTMENT DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pengurusan Bersama telah mengadakan Mesyuarat Pertama pada 27 Julai 2008 yang lalu. Sehubungan dengan itu bagi memantapkan lagi pengurusan Badan Pengurusan Bersama satu mesyuarat khas akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 3 Ogos 2008 (Ahad)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : E-1-001-2A, Jalan LP 7/2
(Depan Pasar Segar Lestari/ Atas Car Wash)

3. Sehubungan itu, kerjasama semua Pembeli / Penghuni di LP 7 adalah dipohon supaya dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat tersebut bagi memastikan ia dapat berjalan dengan lancar.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Mohd Khazimi di talian 012-3481979.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Yang Benar



(MOHD KHAZIMI BIN ISMAIL)
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

Tiada ulasan: