Seksyen 7 Taman Lestari Perdana terletak di mukim Seri Kembangan di daerah Petaling. Mula diduduki pada bulan Januari tahun 2005, Seksyen 7 Taman Lestari Perdana merupakan sebuah kawasan perumahan empat tingkat. Terletak didalam kawasan yang strategik dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Seksyen 7 Taman Lestari Perdana menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Bukit Jalil dan yang terbaru Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya, memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 36 km dan juga hanya 10 km dari Putrajaya. Memandu ke Putrajaya hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Lestari Perdana hanya terletak 5 km dari UPM dan tidak pula jauh dari Hospital Putrajaya dan Serdang . Klinik Kerajaan Seri Kembangan disamping berdekatan dengan steseen komuter Serdang dan LRT Bukit Jalil dan Seri Petaling. Disebelah Taman Lestari Perdana akan dibina Komplek Pengangkutan Awam Putra Permai, Kompleks Pendidikan Serdang,.Sekolah Integrasi Lestari Perdana, Kompleks Sekolah, Pasaraya JUSCO
Antara taman-taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan Taman Lestari Perdana ialah Taman Desaminium, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Mansion, Taman Equien, Taman Lestari Putra dan Taman Rekreasi Air Hitam. Kawasan ini juga dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam bas RapidKL No T432 yang menghubungkan dengan Stesen LRT Bukit Jalil, KTM Komuter Serdang, Putrajaya Sentral, IOI, dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
Lestari Perdana terletak di kawasan tumpuan pembangunan yang bersempadan dan diapitkan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Di samping itu juga Lestari Perdana terletak di lokasi Koridor Multimedia ( MSC) dan akan menjadikannya sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan