FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan “Seminar Memperkasakan Gaya Hidup Lestari” sempena Hari Pengguna Malaysia 2008.
Tujuan seminar adalah untuk menggalakkan pengguna mengamalkan gaya hidup lestari dan memberi kesedaran pentingnya amalan ini untuk menangani fenomena kos sara hidup yang tinggi. Seminar ini juga membincangkan hala tuju amalan ini serta peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna sebagai individu, komuniti dan kerajaan.
Sehubungan itu, FOMCA mempelawa maksimum 5 orang peserta dari organisasi Persatuan Penduduk Seksyen 7, Lestari Perdana ke Seminar “Memperkasakan Gaya Hidup Lestari” yang akan diadakan pada 24 Julai 2008 (Khamis), Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang, Bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
FOMCA memohon supaya mengesahkan kehadiran sebelum 22 Julai 2008 (Selasa).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Siti Rahayu Zakaria/Cik Hafizatun Hasim di talian 03-78762009/78756370 atau melalui emel ayu@fomca.org.my atau fomca@fomca.org.my .
Sekian, terima kasih.
Dikirim melalui emel
http://www.fomca.org.my/bmalay/index.php
Tiada ulasan:
Catat Ulasan